Video Nyanyi Sambil Seks, Wanita Ini Diburu

MENYANYI secara online menggunakan aplikasi Smule kini menjadi trend dan kegilaan ramai di seluruh dunia termasuk artis terkenal.
Menerusi aplikasi ini, bukan sahaja vokal dipertaruhkan tetapi bermacam-macam gaya persembahan dilihat bagi menarik perhatian orang ramai.

Bagaimanapun, persembahan yang dilakukan oleh seorang wanita ini benar-benar mengejutkan ramai sekali gus menimbulkam rasa jelik.

Apa tidaknya, wanita ini tanpa segan silu merakam aksinya sedang melakukan seks sambil menyanyi lagu ‘Banyuwangi’ secara aplikasi Smule.

Perbuatan tidak senonoh wanita dikenali sebagai Igor Agatha Sebastian bersama pasangannya ini menimbulkan kemarahan warga Bayuwangi kerana dianggap menghina dan tidak menghormati lagu ‘Banyuwangi’.

Malah, seorang netizen bernama Krishna Adi dalam akaun Facebooknya bertindak menawarkan hadiah berjumlah 1 juta rupiah (RM302) untuk sesiapa yang dapat memberikan maklumat mengenai wanita itu.



Selain itu, netizen ini turut mengecam tindakan wanita tersebut dan menganggap ia agak keterlaluan dan perbuatan mendedahkan kepada umum itu sungguh biadap.

Lebih meloyakan, dalam video berdurasi 4.17 saat itu, Igor turut memperlihatkan reaksi wajahnya yang klimaks seakan-akan ‘stim’ sambil menyanyi.

Walaupun tidak dilihat dengan jelas aksi seksnya, namun kepala seorang lelaki sedang menindih badannya turut kelihatan dalam video tersebut. – MYNEWSHUB.CC


loading...