"Tiga tahun mendirikan rumah tangga, jujur ada juga rasa tercabar dengan Fizo" - Mawar


Pasangan romantis dan paling hebat berniaga iaitu Fizo Omar dan isterinya Mawar Fareeda memang popular dengan beberapa kes viral di laman sosial.

Namun, Mawar akui Fizo sebenarnya lebih berbakat dalam bidang masakan dan menyebabkan jutawan tudung ini tercabar dengan kebolehan suaminya itu.

Ini komen Mawar:

"Saya akui kalau di rumah, Fizo yang banyak berada di dapur berbanding saya kerana memasak adalah kesukaan dia manakala saya pula lebih kepada mengemas. Almaklumlah, lelaki kalau buat kerja dapur akan jadi tunggang langgang dan di situlah tugas saya (mengemas).

"Tiga tahun mendirikan rumah tangga, jujur ada juga rasa tercabar dengan situasi itu. Justeru, saya tawar diri untuk cuba dalami ilmu memasak dengan Fizo apatah lagi kami sekarang telah memiliki restoran sendiri iaitu 'FizoMawar Kitchen' yang dibuka pada Disember tahun lalu,” 

Kini Mawar mula berlajar dan mendalami ilmu masakan dari Fizo. Pasangan ini juga telahpun menjadi duta kepada produk F&N dan bakal mempunyai rancangan memasak sendiri.
loading...