Mayat Seorang Wanita Dijumpai Dalam Keadaan Menyayat Selepas Di Bunuh Kejam Dan Dicampak Kedalam Tong Sampah !

LOKASI mayat ditemui. FOTO Muhamad Izzat Nasuruden
Ipoh : Wanita ditemui mati dengan kesan kelar di leher disyaki dibunuh sebelum mayatnya dicampak ke dalam tong sampah berhampiran Tokong Win Ting, Kampung Rapat, di sini.

Mayat mangsa berusia lingkungan 30-an berpakaian baju tidur berwarna merah jambu dijumpai orang awam yang lalu lalang di kawasan itu pada 10.25 pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Mohd Noor Rasid berkata, identiti mangsa belum dikenal pasti dan mangsa dipercayai dibunuh di lokasi lain sekitar tiga atau empat hari lalu sebelum di buang ke dalam tong sampah berkenaan.
"Mayat mangsa di bawa ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk bedah siasat.
"Siasatan lanjut berhubung kejadian masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,"katanya.

Beliau berkata, polis meminta orang ramai yang kehilangan ahli keluarga atau saksi kejadian menghubungi talian 012-5032619 atau melaporkan kepada mana-mana balai polis berhampiran.

loading...