Al-Fatihah.. Kita Sudah Kehilangan Seorang Lagi Peserta Raja Lawak Yang Buat Kita Tak Kering Gusi


Al-Fatihah.. Kita Sudah Kehilangan Seorang Lagi Peserta Raja Lawak Yg Buat Kita Tak Kering Gusi Terlibat Dalam Kemalangan Maut.. Innalillah



Dia pernah buat kita senyum ketawa.. sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepadanya




Peserta Raja Lawak musim pertama yang dikenali dengan nama Hanizar Abd Hamid atau lebih dikenali dengan nama Tok Moh maut dalam kejadian yang menyayat hati tersebut.


Motosikal yang ditunggang nya bersama isteri Zaiton Awang terlibat dalam kemalangan ngeri tersebut.


Dalam kejadian 6 petang, lelaki dan wanita berusia 30-an itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.


Jurucakap polis berkata, motosikal Honda EX5 yang ditunggang mangsa dipercayai dilanggar Perodua Myvi dari arah belakang.


























Katanya, akibat rempuhan itu, motosikal berkenaan terperosok di bawah treler yang diparkir di tepi lebuh raya.

"Mangsa perempuan terperosok bersama motosikal di bawah tayar belakang, manakala mangsa lelaki tercampak di tepi penghadang lebuh raya. Kedua-duanya mati serta merta di tempat kejadian," katanya.

Sementara itu, sepasukan lapan anggota bomba bersama sebuah jentera EMRS diketuai Pegawai Bomba Kanan II Mohamad Khairi Baharudin dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Petani ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan pada 6.34 petang.

Berikutan itu, tindakan mengeluarkan mangsa dilakukan sebelum diserahkan kepada polis untuk dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini. Al fatihah - Credit HM,Penang Kini, Kemalangan Extreme.
loading...