AKHIRNYA TERBONGKAR Punca SEBENAR Gadis Bunuh Diri Dari Tingkat 16 Yang Mendapat PERHATIAN MELUAS Dari NETIZEN !



Seorang gadis cantik ditemui maut selepas dipercayai bunuh diri dari tingkat 16 sebuah pangsapuri di Jalan Gangsa, George Town, Pulau Pinang, pada Khamis lalu, kini mendapat perhatian meluas dari netizen.

Gambar mayat mangsa, Darshwini Premkumar, 21, yang ditemui ngeri dalam keadaan kepalanya pecah turut tersebar di media sosial dan menimbulkan rasa simpati ramai.

Sementara itu, pihak polis turut mengesahkan kejadian tersebut dan siasatan sedang dijalankan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalatharash berkata, sepasang selipar milik mangsa dijumpai berdekatan koridor di tingkat 16.

“Berdasarkan siasatan lanjut, kita percaya mangsa mengalami tekanan perasaan selepas kecewa dalam hubungan cinta. Bagaimanapun, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengetahui punca sebenar kematian,” katanya.

Dalam pada itu, timbul pula khabar angin panas mendakwa mangsa bertindak sedemikian ekoran bertengkar dengan teman lelakinya yang meminta gambar bogel dirinya.

Khabar angin yang tersebar ini sekali gus membuatkan netizen meluahkan rasa kesal dan kata-kata kecaman kepada teman lelaki Darshwini.

Terpanggil untuk mempertahankan dirinya, teman lelaki Darshwini, iaitu Rohen Sivakumaradass, menafikan hal tersebut.

“Darshwini dan saya sudah bersama lebih dari empat tahun. Apa yang membuatkan anda terfikir saya meminta gambar bogel sekarang setelah lama bersama?

“Kalau anda tidak kenal siapa dia personally tolong jangan kongsi apa-apa mengenai dia. Lebih baik kita mendoakan dia berada di tempat yang tenang,” tulisnya.
loading...