Video Dari Jarak Dekat Saat-Saat Akhir Sebelum Mr Os Meninggal Dunia Tadi Tersebar Dan Amat...



LIHAT VIDEO DISINI

PETALING JAYA: Pelakon dan pelawak Mr Os atau nama sebenarnya Mohd Yusof Abdul Hamid meninggal dunia kira-kira pukul 2.50 petang Jumaat di Hospital Selayang dekat sini akibat kanser paru-paru.

Anaknya, Mohd Hafizul Mohd Yusof, 20, berkata, Allahyarham dirawat di hospital itu sejak Isnin lalu selepas lemah dan sesak nafas.

"Ayah sakit teruk sejak Isnin lalu dan di rawat di Hospital Selayang, namun ketika itu dia masih boleh bercakap sehinggalah pagi tadi.

"Pagi tadi dia kelihatan betul-betul lemah dan hanya boleh angguk dan geleng sahaja," ujarnya kepada mStar Online, ketika dihubungi di sini Jumaat.

Tambah Mohd Hafizul, sejak beberapa minggu Allahyarham lemah dan tidak dapat bekerja seperti biasa.

Malah sebelum menghembuskan nafas terakhir, dia sempat berpesan agar anak-anaknya sentiasa ingat pada Allah dan menutup aurat.

"Dia nampak tenat beberapa minggu ini dan lemah kerana kanser paru-paru yang dihadapinya itu. Sebelum meninggal banyak pesanan yang diberikan kepada kami adik beradaik terutamanya berkenaan agama," ujarnya.

Os (kiri) bersama Abon dalam Maharaja Lawak Mega 2011

Jenazah Allahyarham akan dibawa pulang di kediamannya di Gombak dan di kebumikan di Tanah PerkuburanIslam Bukit Permata petang Jumaat.

Mr Os atau Mohd Yusuf memulakan kerjaya sebagai pelakon filem pada tahun 1986 menerusi filem Balik Kampung.

Setahun kemudian beliau diberikan kepercayaan untuk memegang watak utama dalam filem Mr Os dan ketika zaman kemuncaknya, beliau sering digandingkan dengan pelawak Sheila Rusly, Salih Yaakob dan Datuk Aziz Sattar.

Pada tahun 1988, beliau bersama-sama Hussein Abu Hassan, Puteri Salbiah dan Latif Ibrahim telah membintangi sebuah filem seram Indonesia bertajuk Bisikan Arwah.

Pada tahun 1990, beliau dicalonkan untuk kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (FFM) di Festival Filem Malaysia ke-9 menerusi lakonan berkesannya sebagai pemuda autisme dalam filem Adik.

Beliau juga pernah memenangi anugerah Pelakon Komedi Terbaik sebanyak dua kali di FFM iaitu menerusi filem Mr.Os (1987) dan Ghazal Untuk Rabiah (1997).

Meneusi rancangan Maharaja Lawak Mega 2011, Os yang bergandingan dengan Abon sebagai kumpulan Osbon menjuarai rancangan itu dan memenangi wang tunai RM350,000.

Doktor Sahkan Inilah PUNCA UTAMA Mr Os Meninggal Dunia Yang Ramai Tak Tahu !!!KUALA LUMPUR: Artis komedi popular era 1990-an, Mr Os atau nama penuhnya Mohd Yusof Abdul Hamid, 55, menghembuskan nafas terakhir pada jam 2.50 petang tadi kerana kanser paru-paru di Hospital Selayang, di sini.

Mr-Os-Meninggal-Dunia-Kerana-Kanser-Paru-Paru-700x419
Kematian pelakon veteran kelahiran Kuala Kangsar, Perak itu disahkan oleh anak kelimanya, Hafizul Mohd Yusof.
Mr-Os-Alhamdulillah-Saya-Masih-Hidup-ROTIKAYA_001
Beliau berkata, bapanya sudah setahun menderita penyakit itu dan pernah menerima rawatan selama lapan hari di hospital yang sama selepas menjalani pembedahan akibat pendarahan tonsil pada Mac tahun lalu.

Allahyarham memulakan kerjaya lakonan pada tahun 1986 menerusi filem Balik Kampung. Hanya pada tahun 1987, arwah diberi kepercayaan untuk memegang watak utama dalam filem Mr Os.
Arwah pernah dua kali memenangi anugerah Pelakon Komedi Terbaik di Festival Filem Malaysia menerusi filem Mr Os pada tahun 1987 dan Ghazal Untuk Rabiah (1997).

12541124_1219421341414218_4619038385953630880_n Majlis Perkahwinan Husna Yusof
Arwah bagaimanapun selepas itu menyepikan diri dari dunia perfileman dengan bekerja sebagai pemandu teksi namun kembali aktif pada tahun 2009 menerusi program televisyen Apa Ke Halnya? siaran TV9.
a b
loading...